Monday, August 5, 2013

RAYA...............................


Assalamualaikum, wahai sahabatku semua.
Syawal bakal menjelang beberapa hari lagi, dan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan akan pergi meninggalkan kita. Kepergian bulan Ramadhan itu amat memilukan hati kita apabila memikirkan adakah kita akan menyambut bulan Ramadhan akan datang? Justeru itu, kejarlah malam penuh nikmat, Malam LailatulQadar yang ganjaran pahala seperti 1000 bulan beribadat. 

Ingatlah rakan-rakan ku:
  • Sekiranya pulang  ke kampung halaman anda, sepanjang perjalanan pakailah tali pinggang keledar
  • Buat persiapan sebelum memulakan perjalanan yang panjang
  • Sekiranya bapa anda mengantuk, nasihatilah beliau supaya berhenti di hentian rehat berdekatan untuk merehatkan diri
  • Isilah masa sepanjang perjalanan dengan perkara yang berfaedah
  • Semasa di kampung, elakkan bermain mercun. mercun amat berbahaya. dapatkan pantauan orang yang lebih dewasa
  • Bantulah ahli keluarga anda membuat persiapan menyambut Syawal
Jadikanlah Syawal anda penuh dengan kenangan manis bukannya coretan pahit.

"Beringat-ingat sebelum kena"

- MuNCyiEs_75-

No comments:

Post a Comment