Pada
tahun 1943 hingga 1948 sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai
peringkat sekolah rendah dan menengah.Ketika itu,tapak asal sekolah ini terletak
di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik ,Jalan Damai,dan Jalan
Molik,iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi Tanah Melayu
Malaysia Berhad(KTMB),Gemas.
Pada
tahun 1948 sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan dipindahkan ke
bangunan barunya iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke Padang Kertapi
Tanah Malaysia Berhad(KTMB).Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku
Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949,Encik V.M. Francis adalah pengetua
sekolah ini yang pertama.
Pada tahun 1952,sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuabku Abdul Rahman,Gemas yang ada sekarang.Sehingga tahun 1967,sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah rendah dan menengah.Pada awal tahun 1968,bangunan khas untuk Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman,Gemas siap dibina.Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd.Khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktorber 1968.
Sebenarnya perancangan awal
pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit Masjid,Gemas tetapi memandangan kos
dan masa pembinaannya yang terhad,maka lokasinya beralih ke padang sekolah di
mana letaknya Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahamn Gemas sekarang
No comments:
Post a Comment